Hari Pelaut 2011 – Latar Belakang
By Hendrik Irawanto
- Pada 2010, negara-negara ahli IMO bersetuju bahawa sumbangan unik pelaut di seluruh dunia kepada perdagangan antarabangsa melalui jalan air/laut khasnya, dan sumbangan kepada ekonomi dan masyarakat dunia amnya, mestilah dihargai dengan menetapkan satu ‘Hari Pelaut’ setiap tahun.
- Tarikh yang dipilih pada 25 Jun setiap tahun adalah berdasarkan tarikh semakan terhadap Kod STCW yang diadakan dalam Konferens Diplomatik IMO di Filipina pada 25 Jun 2010.
- Buat julung-julung kalinya tahun ini, kempen sejagat secara atas talian dilancarkan menggunakan pelbagai laman sosial bagi menyatakan sokongan dan penghargaan kepada golongan pelaut.
- Tujuannya adalah untuk menyampaikan penghargaan kepada keseluruhan 1.5 juta pelaut di seluruh dunia terhadap sumbangan unik mereka yang selalunya terlepas pandang oleh masyarakat umum.
- Dengan menggalakkan interaksi dalam talian berkenaan pelaut, kita ingin menyampaikan penghormatan, perakuan dan kesyukuran kepada pelaut di mana-mana sahaja.
- Capaian universal laman sosial boleh meningkatkan kesedaran berkenaan peranan penting yang dimainkan oleh golongan pelaut dalam ekonomi dunia, dalam pembangunan berterusan, yang membolehkan kapal-kapal membawa 90% dagangan dunia dengan selamat, cekap dan dengan kesan minima terhadap alam sekitar.
- Sambutan Hari Pelaut juga adalah peluang untuk mendidik masyarakat awam berkenaan isu-isu yang dihadapi pelaut moden – seperti lanun.
- Lebih penting lagi, sambutan ini adalah kesempatan buat kita untuk mengucapkan ” Terima Kasih Pelaut”. Thank you, seafarers.
Selamat Hari Pelaut 2011. Thank you, seafarers.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment......